View Article |
Nilai kebolehpercayaan dan koefisien kappa kriteria pengurusan sisa pepejal perbandaran dalam perancangan guna tanah di Malaysia
Khairunnisa Syarafina Samsudin1, Sohif Mat2, Halim Razali3, Noor Ezlin Ahmad Basri4, Zulkifli Aini5.
Pada tahun 2016, 95% daripada buangan terkumpul telah dibawa ke-156 tapak pelupusan yang disediakan di seluruh Semenanjung Malaysia, tetapi pembuangan terbuka sisa pepejal perbandaran (SPP) masih boleh dilihat. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa aktiviti penggunaan tanah mempengaruhi penjanaan SPP. Isu ketidakpatuhan seperti pengezonan guna tanah haram dan konflik dalam rancangan pembangunan adalah antara lain yang mempengaruhi kelestarian alam sekitar. Maka, objektif kajian ini ialah untuk mengkaji nilai kebolehpercayaan dan koefisien kappa kriteria pengurusan sisa pepejal perbandaran dalam perancangan guna tanah di Malaysia. Nilai ini ialah untuk mengenal pasti kriteria pengurusan SPP yang paling penting semasa perancangan guna tanah dengan menilai kebolehpercayaan dan koefisien kappa. Senarai inidikator ini boleh dijadikan rujukan kepada usaha perancangan guna tanah oleh pihak berkuasa tempatan dan juga salah satu langkah pengurusan SPP dalam menuju pembangunan lestari. Teknik analisis kandungan digunakan dalam kajian ini bahan bacaan journal laporan tesis, laporan projek kajian dan laporan kajian ke digunakan. Keputusan menunjukkan pengumpulan SPP, tapak pelupusan, 3R, tadbir urus, pendidikan, pihak berkepentingan dan perkhidmatan (n = 7) merupakan kriteria penting dalam perancangan guna tanah untuk memastikan kelestarian pengurusan SPP dengan nilai alpha, α = 0 .887. Keputusan juga menunjukkan bahawa tadbir urus merupakan kriteria yang paling kerap digunakan dalam bidang pengurusan SPP memandangkan peranan mereka sebagai pembuat keputusan dan keperluan aspek kewangan dengan nilai κ = 0.837.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 100 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|