View Article |
Pendidikan kerja sosial di Malaysia: satu penilaian kritikal
Muhd Dhamir Audi Azizul1, Samir Muhazzab Amin2.
Isu terkini dalam bidang kerja sosial wajar diberikan tumpuan sebagai langkah check and balance kesan daripada kewujudan program pendidikan kerja sosial di Malaysia. Oleh itu, artikel ini membincangkan tentang konsep sebenar, dan rangkaian isu kritikal dalam profesion kerja sosial di Malaysia serta cadangan dalam memperkasakan bidang kerja sosial di Malaysia. Antara isu utama yang telah disentuh oleh penulis adalah ketiadaan piawaian pendidikan kerja sosial, ketiadaan akta kerja sosial, ketiadaan jawatan sebagai pekerja sosial, isu pendidikan kerja sosial di universiti awam, dan isu kompetensi graduan kerja sosial. Manakala rangkaian alternatif seperti penubuhan Joint Consultative Council on Social Work Education (JCCSWE), penubuhan akta kerja sosial, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia memperkenalkan jawatan pekerja sosial, penyelarasan kurikulum pendidikan kerja sosial yang seragam, dan penjenamaan semula (rebranding) modul soft skill terhadap pelajar turut dinyatakan. Pelbagai pihak seperti pendidik, pentadbir, penggubal polisi, dan pengamal kerja sosial perlu mencipta kolaborasi yang erat dalam memperkasakan bidang kerja sosial di Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 101 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|