View Article |
Kesan spiritual sebagai moderator ke atas kepintaran emosi dan tingkah laku kewargaan organisasi
Junaidah Yusof1, Siti Aisyah Abdul Rahman2.
Kajian yang dijalankan adalah mengenai kepintaran emosi, tingkah laku kewargaan organisasi dan spiritual. Secara khususnya, kajian ini mengenalpasti hubungan antara kepintaran emosi dan tingkah laku kewargaan organisasi. Seterusnya, kajian ini juga mengenalpasti kesan spiritual sebagai moderator dalam hubungan kepintaran emosi dengan tingkah laku kewargaan organisasi. Seramai 102 orang guru-guru yang beragama Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda telah menjawab soalan selidik. Statistik korelasi Pearson digunakan bagi mengenalpasti hubungan antara kepintaran emosi dan tingkah laku kewargaan organisasi dan ianya adalah signifikan. Manakala, dengan menggunakan regresi hierarki didapati organisasi perlu meningkatkan tahap spiritual pekerja kerana ianya memberi kesan moderator yang positif terhadap hubungan kepintaran emosi dan tingkah laku kewargaan organisasi. Kajian ini memberi implikasi terhadap pembangunan institusi perguruan supaya lebih berdaya saing melalui pembangunan modal insan yang sejahtera secara dalaman dan luaran diri.
Affiliation:
- Quest International University Perak (QIUP), Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 106 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|