View Article |
Mitos dan legenda: di sebalik percanggahan fakta dalam sejarah Asia Tenggara
Rahimin, Dunita Nabila binti A1.
Mitos dan legenda seringkali diketepikandi dalam sesebuah historiografi kerana membawa percanggahan fakta. Hal ini kerana keobjektifan fakta sejarah amatlah perlu bagi meletakkan sesebuah historiografi itu berdasarkansesebuah peristiwa yang benar-benar berlaku. Kesemua fakta sejarah perlulah berdasarkan penggunaan sumber-sumber yang jitu,bukan berdasarkan unsur mitos dan legenda yang diragui kesahihannya. Artikel ini membincangkanunsur mitos dan legenda di dalam sejarah Asia Tenggara. Walaupun unsur ini seringkali dilihat menjadi faktor utama kepada percanggahan fakta di dalam historiografi tetapi terdapat faktor-faktor lain yang dilihat lebih dominan dalam menyumbang kepada percanggahan fakta seperti bias, anakronisme, sumber lisan, dan kesilapan interpretasi penulis. Dengan menggunakankarya-karya berunsur sejarah di Asia Tenggara, dapatan kajian artikel ini memperlihatkan bahawa mitos dan legenda telah membawa makna dan kepentingan yang tersendiri seperti menjadi instrumen perpaduan, memberikan identiti sesebuah negara, membawa unsur keperwiraan, dan memberi gambaran tentang keadaan semasa sesebuah peristiwa itu dicatat.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 145 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|