Masalah pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
Azman Jusoh1, Rosli Ab Rahman2, Fouziah Mohd3.
Kajian ini dilakukan untuk meninjau masalah pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu (IPG KDRI). Reka bentuk kajian ialah kajian kualitatif. Responden kajian terdiri daripada 43 orang pensyarah IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu. Tempoh masa kajian ini ialah selama sembilan bulan mulai Februari 2018 hingga Oktober 2018. Instrumen kajian yang digunakan ialah temu bual berstruktur. Transkrip temu bual dianalisis melalui analisis bertema. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan responden bersetuju bahawa mereka melaksanakan pedagogi KBAT dalam PdP. Masalah yang dihadapi oleh pensyarah IPG KDRI dalam melaksanakan PdP berasaskan KBAT ialah minat pelajar kurang kepada kurikulum yang diajar, ramai pelajar kurang faham mengenai KBAT, dan ramai pelajar yang tidak faham tugasan yang berunsurkan KBAT. Sementara, pensyarah pula tidak mempunyai cukup masa untuk mempelbagaikan aktiviti KBAT dan capaian internet yang lemah dan mengecewakan. Keseluruhannya, 15% daripada responden menyatakan mereka tidak mempunyai masalah dalam melaksanakan PdP berasaskan KBAT dengan alasannya ialah pelajar telah mempunyai latar belakang dalam i-think.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 80 time(s))