Penguasaan kemahiran pembelajaran abad 21 dalam kalangan pelajar PISMP di institut pendidikan guru: antara peluang dan harapan
Mohd Rasid Chik1, Nurhijrah Zakaria2, Yuslaini Yunus3, Tengku Norazlan Tengku Embong4.
Kajian ini bertujuan untuk meneroka peluang-peluang dalam meningkatkan penguasaan kemahiran Pembelajaran Abad ke-21(PAK21) dalam kalangan pelajar PISMP di IPGK Dato’ Razali Ismail. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan reka bentuk kajian kes. Seramai lima belas orang peserta kajian dipilih melalui pensampelan bertujuan. Data dianalisis menggunakan pendekatan bertema dengan menggunakan perisian Atlas.ti. Semakan oleh peserta kajian dan pakar dibuat bagi mendapatkan pengesahan tema dan kebolehpercayaan kajian. Dapatan kajian menunjukkan, pelajar berpeluang untuk meningkatkan penguasaan kemahiran PAK21 kerana adanya bimbingan pensyarah, kurikulum, kemudahan jaringan internet, pembelajaran kendiri serta persekitaran cara hidup. Kajian ini memberi implikasi kepada penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan kepelbagaian aktiviti pelajar dalam meningkatkan penguasaan kemahiran pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan pelajar PISMP IPGKDRI.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 79 time(s))