Persepsi guru sekolah rendah terhadap penglibatan mereka dalam penyelidikan tindakan semasa mengikuti program PGSR di IPG
Ibrahim Taib1, Fouziah Mohd2.
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi empat puluh lapan orang guru sekolah rendah terhadap penglibatan mereka dalam penyelidikan tindakan semasa mengikuti program Pensizwazahan Guru Sekolah Rendah(PGSR) di Institusi Pendidikan Guru(IPG) Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu. Kajian ini akan memberi fokus kepada aspek-aspek seperti persepsi,kepentingan, dan kerelevanan penyelidikan tindakan, masalah dan tekanan yang dialami, perubahan sikap guru PGSR selepas tamat kursus dan bimbingan pensyarah IPG kepada peserta program PGSR. Pengkaji telah menggunakan satu inventori yang dihasilkan oleh Brown D.S.(1991) dan Papanastasiou, E.C.(2005). Beberapa aspek yang dipilih untuk kajian ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Program The Statistical Program For Social Sciences(SPSS) 19 telah digunakan untuk menganalisis data kajian yang dikumpulkan melalui soal selidik. Skor min dan peratus digunakan untuk menganalisis data. Skor min digunakan untuk menyatakan tahap persepsi guru PGSR terhadap penyelidikan tindakan yang dijalankan oleh mereka. Hasil kajian mendapati persepsi guru PGSR terhadap penyelidikan tindakan yang dijalankan oleh mereka adalah tinggi. Skor min yang diterima bagi setiap konstruk adalah seperti: kesedaran(4.22)sangat tinggi, kepentingan(4.63) sangat tinggi, komitmen(4.35) sangat tinggi, kerelevanan(4.72)sangat tinggi, masalah yang dialami(3.67)tinggi, tahap tekanan(3.52)tinggi,tahap perubahan sikap(4.70)sangat tinggi dan bimbingan pensyarah(4.66)sangat tinggi. Skor min yang tinggi menggambarkan penyelidikan tindakan yang dijalankan oleh guru PGSR adalah sangat penting, relevan dan pengalaman yang diperolehi dapat membantu meningkatkan kompetensi mereka dalam profesionalisma keguruan.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 76 time(s))