Tahap pengetahuan teknologi guru bahasa Arab: satu kajian menyeluruh di Malaysia
Muhammad Rusdi Ab Majid1, Mohamad Fauzi Hassan2, Mohamed Ayob3.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti Pengetahuan Teknologi guru bahasa Arab di Malaysia. Pengetahuan Teknologi merupakan salah satu elemen utama yang terdapat dalam Model Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan atau dikenali dengan Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) yang telah diperkenalkan oleh Mishra dan Koehler (2006). Model ini dijadikan kerangka asas kepada kajian yang dijalankan. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 530 orang guru bahasa Arab di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kaedah kajian kuantitatif digunakan dan pensampelan secara rawak dijalankan bagi pengumpulan data. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Sosial Science (SPSS) versi 20. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Pengetahuan Teknologi guru bahasa Arab berada pada tahap sederhana tinggi (Min = 3.72, SP = 0.42). Ini menjelaskan bahawa tahap Pengetahuan Teknologi (TP) guru bahasa Arab sekolah rendah di Malaysia berada pada tahap menguasai dan belum mencapai tahap sangat menguasai yang sepatutnya bagi seorang guru terlatih. Kesimpulannya, berdasarkan kepada dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa guru bahasa Arab di Malaysia mempunyai pengetahuan yang baik dalam Pengetahuan Teknologi.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 87 time(s))