Kepentingan produktiviti dalam pengurusan organisasi Persatuan Sukan Kebangsaan di Malaysia
Zul Aizam Yassin1, Wan Azlan Wan Ismail2, Meriam Mamat3.
Pengukuran terhadap prestasi sesebuah organisasi dapat membantu dalam menilai kejayaan sesebuah organisasi dan ini diakui oleh ramai pengkaji terdahulu. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meninjau amalan pengurusan organisasi dan tadbir urus Persatuan Sukan Kebangsaan di Malaysia (n=19) didasari oleh model pengukuran Competing Values Approach (CVA) mengikut latar belakang responden dan latar belakang persatuan sukan kebangsaan. Sampel kajian terdiri daripada 171 orang responden kakitangan pengurusan tertinggi yang mewakili 19 buah persatuan sukan kebangsaan di Malaysia dalam kategori sukan teras dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Keputusan ujian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan tahap keberkesanan yang signifikan bagi faktor Produktiviti dalam kalangan 19 persatuan sukan kebangsaan [ X² (18, N=18) = 63.681, p<0.05]. Persekutuan Tinju Amatur Malaysia didapati mencatatkan min tahap keberkesanan pengurusan yang tertinggi mengatasi lain-lain persatuan sukan kebangsaan di Malaysia dalam elemen produktiviti. Kajian juga mendapati bahawa faktor produktiviti dalam sesebuah organisasi merupakan antara faktor kritikal dan penting dalam memastikan urus tadbir sesebuah persatuan sukan berjalan lancar.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Malaysia
- Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 104 time(s))