Amalan pendekatan konstruktivisme untuk meningkatkan kemahiran berfikir murid di Terengganu
Badrul Muin Muhamad Adam1, Wan Mazlan Wan Muda2.
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan pendekatan konstruktivisme dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di negeri Terengganu untuk meningkatkan kemahiran berfikir murid. Kajian ini melibatkan 445 orang guru sekolah rendah di Terengganu yang merangkumi 50 buah sekolah di semua daerah di Terengganu. Kajian ini dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru untuk melaksanakan pendekatan konstruktivisme adalah tinggi. Faktor utama yang mempengaruhi guru dalam pemilihan kaedah pengajaran semasa adalah pengalaman guru itu sendiri berbanding faktor perubahan kurikulum kepada KSSR yang mementingkan amalan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Halangan utama untuk melaksanakan pendekatan konstruktivisme dalam PdP adalah faktor masa di samping guru yang kurang berkemahiran dalam pelbagai strategi dan kaedah pengajaran serta kurang kemahiran di dalam menilai murid yang menguasai kemahiran berfikir. Bagi meningkatkan tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam kemahiran berfikir aras tinggi, dicadangkan agar guru diberi pendedahan dalam bentuk kursus atau bengkel tentang strategi dan kaedah pengajaran yang berkesan. Guru juga perlu berfikiran lebih positif, membuat perancangan pengajaran lebih awal dan bersedia untuk mengikut kursus yang dianjurkan oleh pihak JPN dan Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan dengan amalan kemahiran berfikir. Kesimpulannya, kajian ini memberi sumbangan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperbaiki amalan pengajaran guru-guru sekolah rendah kepada pengajaran aktif berpusatkan murid yang menekankan kemahiran menaakul selaras dengan dasar kurikulum KSSR.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 87 time(s))