Kebimbangan bahasa dalam kalangan guru pelatih major bahasa Arab Institut Pendidikan Guru Malaysia
Aznida Aziz1, Kamarul Shukri Mat Teh2.
Penguasaan bahasa Arab masih di tahap yang belum memuaskan, masih ramai pelajar yang menghadapi kebimbangan bahasa dalam kelas bahasa Arab. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis kebimbangan bahasa guru pelatih major bahasa Arab di Institut Pendidikan Guru Malaysia semasa mempelajari bahasa Arab dan mengenal pasti tahap kebimbangan bahasa guru pelatih tersebut secara keseluruhan dan berdasarkan kategori. Instrumen soal selidik yang digunakan adalah dibina berdasarkan gagasan yang terdapat dalam Skala Kebimbangan Bahasa Dalam Kelas oleh (Horwitz, 1986). Hasil kajian menunjukkan bahawa pekali kebolehpercayaan untuk instrumen kebimbangan bahasa adalah 0.855. Bukti kesahan isi kandungan telah didapati daripada penyemakan panel pakar. Min bagi kebimbangan bahasa bagi faktor Kebimbangan Terhadap Penilaian Negatif berada pada tahap pertengahan iaitu (M = 3.4812, SP = .50259). Ini diikuti oleh Kebimbangan Terhadap Ujian berada pada tahap pertengahan iaitu (M= 3.4529, SP .48971) dan yang terakhir ialah Kebimbangan Berkomunikasi berada pada tahap pertengahan iaitu (M = 3.4172, SP = 63172). Implikasi hasil kajian ini akan memberi sumbangan kepada para guru dan pelajar mengenal pasti jenis-jenis kebimbangan bahasa, oleh itu mereka dapat meningkatkan mutu kecemerlangan bahasa Arab.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 85 time(s))