View Article |
Kebolehbentukan-tikso aloi 2014 dengan penambahan Si dan pengurangan Cu
Arif, M.A.M1, Omar, M. Z2, Sajuri, Z3.
Dalam kajian ini, kebolehbentukan-tikso aloi aluminium (Al) 2014 dengan penambahan unsur silikon (Si) dan pengurangan unsur kuprum (Cu) dikaji. Kandungan Si dan Cu dalam aloi 2014 diubah suai supaya kriteria kebolehbentukan-tikso dapat dipenuhi. Kebolehbentukan-tikso aloi 2014 dan aloi Al-terubah suai diukur secara termodinamik dengan menggunakan pakej perisian JMatPro dan seterusnya dibuktikan secara uji kaji melalui analisis terma dan analisis fasa. Hasil kajian ini mendapati bahawa sifat kebolehbentukan-tikso aloi 2014 dapat dipenuhi dengan penambahan Si dan pengurangan Cu. Apabila kandungan Si dalam aloi 2014 bertambah, kandungan fasa eutektik pada titik ‘lutut’ tertinggi yang terbentuk di atas lengkung pecahan cecair meningkat dengan ketara, manakala julat suhu pemejalan pula semakin mengecil. Di samping itu, pengurangan Cu pula menyebabkan julat suhu pemprosesan untuk pembentukan-tikso menjadi semakin luas lalu mengakibatkan sensitiviti pecahan cecair pada titik ‘lutut’ tertinggi menurun. Selain pembentukan fasa Al2 Cu dan fasa θ-Al5 Cu2 Mg8 Si6 , kemunculan fasa π-Al8 FeMg3 Si6 dengan struktur yang padat hasil daripada pengurangan Cu juga dijangka menyumbang kepada peningkatan sifat mekanik aloi Alterubah suai. Akhir sekali, aloi Al-terubah suai tersebut dijangka mampu digunakan untuk menghasilkan komponen otomotif seperti rod penyambung, aci sesondol dan aci engkol melalui proses pembentukan-tikso.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Web of Science (SCIE - Science Citation Index Expanded) |
Impact Factor
|
JCR (1.009) |
Rank |
Q4 (Multidisciplinary Sciences) |
Additional Information |
JCI (0.15) |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q2 (Multidisciplinary) |
Additional Information |
SJR (0.251) |
|
|
|