View Article |
Oral health knowledge among healthcare professionals and their challenges in dealing with patients’ oral health problems
Dzulqarnain Ahmad Iskandar Shah1, Nursabrina Roslan2, Khairun ‘Izzah Zamansari3, Tuan Nur Athirah Tuan Mohd Rahimi4, Shahida Mohd-Said5, Haslina Rani6, Tuti Ningseh Mohd-Dom7, Mohd Fairuz Ali8.
Peranan Pengamal Penjagaan Kesihatan Profesional (PPKP) dalam mempromosikan kesihatan pergigian sudah diterima umum, akan tetapi usaha untuk menjadikan mereka kompeten dalam aspek ini masih belum mencukupi. Kajian ini bertujuan untuk menilai pengetahuan PPKP tentang kesihatan pergigian dan penjagaannya, dan mendalami cabaran yang mungkin dihadapi oleh mereka dalam menangani masalah pergigian di kalangan pesakit mereka di klinik kesihatan primer. Perbincangan kumpulan berfokus telah dijalankan melibatkan sepuluh orang PPKP daripada pelbagai disiplin yang merawat pesakit secara langsung di sebuah klinik kesihatan primer kerajaan. Soalan-soalan yang ditanya terbahagi kepada dua bahagian: (1) pengetahuan tentang kesihatan pergigian dan kaitannya dengan kesihatan umum, dan (2) isu dan cabaran yang dihadapi dalam menangani masalah pergigian pesakit sebagai sebahagian daripada rutin kerja seharian mereka. Sesi perbincangan dirakam menggunakan perakam audio digital dan seterusnya ditranskripsikan, manakala skrip perbincangan dibahagikan kepada beberapa bahagian dan dianalisis secara kualitatif. Sebahagian besar daripada mereka mempunyai pengetahuan yang baik tentang kesihatan umum dan kesihatan asas pergigian. Walau bagaimanapun, hanya sedikit yang tahu tentang perkaitan antara masalah pergigian dan keadaan sistemik. Antara cabaran utama yang dihadapi PPKP di klinik kesihatan primer semasa berhadapan dengan pesakit yang mempunyai masalah pergigian adalah pengetahuan kesihatan pergigian yang terhad dalam menguruskan masalah kesihatan mulut termasuk kaedah menguruskan pesakit pergigian yang mempunyai masalah perubatan dan kesukaran untuk mengubah minda pesakit berkaitan kesihatan pergigian terutamanya untuk mendapatkan rawatan pergigian. Kesimpulannya, PPKP yang terlibat dalam kajian ini mempunyai pengetahuan yang terhad tentang kesihatan umum dan kesihatan mulut, namun mereka mempunyai pengetahuan yang memuaskan tentang hubungan antara kesihatan mulut dan kesihatan sistemik, dan banyak cabaran yang dihadapi apabila berurusan dengan pesakit terutamanya kekurangan pengetahuan dalam fakta kesihatan mulut serta masalah berkaitan preskripsi ubatan untuk penyakit mulut. Keperluan untuk latihan tambahan penting untuk pasukan PPKP dan pergigian bagi membolehkan kedua-dua pihak memberikan perkhidmatan yang terselaras dan menyeluruh kepada pesakit dengan masalah pergigian di klinik kesihatan primer.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|