Faktor pengaruhi mahasiswa terlibat dalam LGBT di institusi pengajian tinggi awam di Lembah Klang
Noremy Md Akhir1, Fadzilah Abdullah2, Mohammad Rahim Kamaluddin3.
Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) merupakan golongan yang berperilaku songsang dan salah dari segi norma masyarakat mahupun dari sudut agama Islam. Namun begitu, golongan LGBT ini semakin giat dan aktif berkembang dalam masyarakat kita hari ini. Perkara yang lebih membimbangkan adalah apabila golongan ini terdiri daripada mereka yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka faktor mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terlibat dalam LGBT. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakan fenomenologi sebagai reka bentuk kajian. Lima (5) orang informan yang terdiri daripada mahasiswa IPTA yang terlibat dalam LGBT dipilih menggunakan teknik persampelan bola salji (snow ball sampling) telah ditemu bual secara mendalam menggunakan panduan soalan separa struktur. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan teknik analisis tematik. Hasil kajian mendapati terdapat sembilan (9) faktor yang mempengaruhi penglibatan mahasiswa IPTA dalam LGBT iaitu personaliti semulajadi, orientasi peranan seksualiti semasa kecil, sokongan material, ketagihan kesan pengalaman mengalami gangguan seksual, pengaruh rakan sejenis, kurang perhatian dan kawalan ibu bapa, kurang kefahaman ilmu agama dan akhlak Islamiah, faktor kesunyian dan bagi memenuhi keinginan seksual yang tinggi. Dapatan yang diperoleh dari kajian ini diharap akan dapat membantu profesion menolong yang berkaitan seperti pekerja sosial, kanselor dan psikologis untuk memahami punca dan faktor mereka terlibat dalam LGBT dan seterusnya merangka intervensi yang bersesuaian untuk mencegah gejala LGBT ini bagi menjamin kesejahteraan individu, keluarga, masyarakat dan negara .
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 463 time(s))