View Article |
Sifat mekanik dan terma nanokomposit asid polilaktik/cecair getah asli/polianilina diperkukuh berpenguat grafin pada kandungan rendah
Dalila Shahdan1, Ruey Shan Chen2, Sahrim Ahmad3.
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji kesan penambahan bahan pengisi grafin berplat nano (GNP) ke atas sifat mekanik dan terma bagi nanokomposit polilaktik asid (PLA)/cecair getah asli (LNR)/polianilina (PANI). Nanokomposit PLA/LNR/PANI berpengisi GNP disediakan melalui kaedah adunan leburan dengan menggunakan mesin pengadun dalaman. Tahap pengisian kandungan bahan pengisi GNP dipelbagaikan daripada 0.2 sehingga 1.0 % bt. Spesimen yang telah dicirikan melalui ujian mekanik serta analisis termogravimetri (TGA), kalorimetri imbasan pembezaan (DSC) dan analisis kekonduksian terma (TCA) menunjukkan peningkatan sifat yang positif dengan penambahan GNP pada kandungan rendah dalam matriks polimer. Keputusan sifat regangan, hentaman dan kestabilan terma menyatakan kandungan optimum dicapai pada 0.4 % bt. Berdasarkan ujian lenturan dan TCA pula, peningkatan optimum masing-masing didapati pada kandungan yang berbeza iaitu 0.6 dan 0.8 % bt. GNP.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Web of Science (SCIE - Science Citation Index Expanded) |
Impact Factor
|
JCR (1.009) |
Rank |
Q4 (Multidisciplinary Sciences) |
Additional Information |
JCI (0.15) |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q2 (Multidisciplinary) |
Additional Information |
SJR (0.251) |
|
|
|