View Article |
Analisis penskalaan bagi kejadian hujan ekstrim di Semenanjung Malaysia
Wan Zawiah Wan Zin1, Abdul Aziz Jemain2, Marina Zahari3, Kamarulzaman Ibrahim4.
Maklumat mengenai kehujanan ekstrim dalam skala masa berbeza diperlukan dalam pembinaan lengkuk keamatan-tempoh-kekerapan (IDF). IDF menjadi rujukan utama dalam pembinaan infrastruktur berkaitan hujan seperti sistem perparitan dan empangan. Seringkali, agak sukar untuk mendapatkan data dalam pelbagai skala seperti per minit, per jam dan per hari. Justeru, kajian ini menggunakan konsep penskalaan yang mengambil kira sifat kebersandaran antara data hujan ekstrim pada sub skala yang berbeza dalam mengkaji ciri-ciri hujan ekstrim. Dalam kajian ini, data hujan maksimum dalam tempoh sejam sehingga 48 jam dari tahun 1970-2008 di 43 buah stesen cerapan hujan di Semenanjung Malaysia telah diuji. Penentuan jenis penskalaan yang sesuai; sama ada penskalaan ringkas atau pelbagai diuji berdasarkan teori skala tak varians. Hasil mendapati bahawa 41 stesen kajian memenuhi syarat penskalaan ringkas dan seterusnya, faktor penskalaan eksponen bagi setiap stesen telah ditentukan. Ini diikuti dengan pemadanan taburan ekstrim yang paling sesuai dengan data kajian bagi setiap stesen memandangkan konsep pembangunan IDF berasaskan taburan statistik. Lima taburan ekstrim iaitu taburan Ekstrim Teritlak (GEV), Logistik Teritlak (GLO), Gumbel, Pareto Teritlak (GPA) dan Pearson 3-Parameter (P3) telah dipadankan kepada data hujan maksimum harian dan hasil mendapati padanan data dengan GEV dan GLO di kebanyakan stesen. Berdasarkan maklumat taburan terbaik, nilai-nilai ulangan dihitung untuk pelbagai skala masa dengan menggunakan maklumat daripada hanya satu skala masa sahaja. Hasil kajian ini ternyata membolehkan pengurusan data yang lebih cekap dalam pembangunan IDF kerana data daripada hanya satu skala masa sahaja sudah mencukupi untuk menganggar nilai pada skala masa yang berlainan.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Web of Science (SCIE - Science Citation Index Expanded) |
Impact Factor
|
JCR (1.009) |
Rank |
Q4 (Multidisciplinary Sciences) |
Additional Information |
JCI (0.15) |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q2 (Multidisciplinary) |
Additional Information |
SJR (0.251) |
|
|
|