Kekangan guru tadika untuk menerima kanak-kanak berkeperluan khas
Nurul Izzah Yusof1, Hazhari Ismail2.
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kekangan yang dihadapi oleh guru tadika untuk menerima kanak-kanak berkeperluan pendidikan khas di dalam bilik darjah. Pendekatan secara kuantitatif digunakan dengan menggunakan kaedah tinjauan secara persampelan bukan rawak bagi memilih responden. Seramai n=77 orang guru tadika yang bertugas mengajar kanak-kanak sekitar umur lima hingga enam tahun di tadika. Analisis deskriptif menunjukkan tahap penilaian min adalah sederhana dan tinggi bagi pembolehubah kekangan guru tadika untuk menerima kanak-kanak berkeperluan pendidikan khas di tadika mereka dengan nilai sisihan piawai yang tinggi. Kajian ini diharapkan setiap tadika dapat menerima sepenuhnya kanak-kanak berkeperluan pendidikan khas tanpa sebarang bias sekaligus dapat mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) untuk melaksanakan pendidikan inklusif di dalam pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
Affiliation:
- Pusat Anak Genius Negara, Sabah, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 49 time(s))