Kesan negatif LGBT dan pandangan menurut perspektif Islam
Noor Habibah binti Kaderan1.
Kebelakangan ini, semakin ramai pemuda di Malaysia yang telah semakin liar menwar-warkan diri mereka sebagai golongan LGBT. Hal ini amatlah membimbangkan kerana ia merupakan suatu langkah ke arah mengiktiraf golongan ini di Malaysia. Usaha untuk menolak ajaran dari anasir-anasir luar ini adalah sangat sukar, malah usaha untuk membetulkan semula fikrah anak-anak muda zaman ini adalah merupakan satu cabaran. Tujuan penulisan ini adalah memberi input kepada murid, guru dan masyarakat untuk menghindarkan dari dan terjebak dengan kegiatan LGBT kerana ia banyak memberi kesan negatif kepada individu, masyarakat, agama dan kesihatan. Selain itu, penulisan ini juga memaparkan pandangan kegiatan ini menurut perspektif Islam. Penulisan ini dapat memberikan panduan kepada para murid, guru dan masyarakat untuk bersama-sama menjalani gaya hidup sihat. Ilmu pengetahuan berkenaan LGBT akan mengelakkan dari terjebak dalam permasalahan ini kerana ia dilarang dari aspek agama dan boleh membawa kemudaratan. Penulisan ini dapat memberikan implikasi yang besar dalam sistem pendidikan kerana untuk menghasilkan generasi yang cemerlang pada masa hadapan, mereka perlu menghindarkan diri dari gejala negatif seperti ini.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 796 time(s))