Bahasa Jawa Ngoko dalam kerangka Program Minimalis
Fazal Mohamed Mohamed Sultan1, Fatin Amirah Azman2.
Kajian ini menganalisis frasa kerja yang wujud dalam binaan ayat bahasa Jawa Ngoko. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis kata kerja yang terdapat dalam bahasa Jawa ngoko, mengkategorikan kata kerja serta menganalisis kata kerja dalam bahasa Jawa ngoko menggunakan teori kerangka Program Minimalis. Pemerolehan data kajian berdasarkan kajian lapangan yang dilakukan di Kampung Sungai Air Tawar, Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan data kajian diperoleh melalui melalui kaedah bercerita dan temu bual. Analisis kajian menunjukkan struktur kata kerja bahasa Jawa ngoko mempunyai binaan Subjek (S), Kata Kerja (K), dan Objek (O) iaitu bahasa berkepala awal. Frasa kerja bahasa Jawa ngoko pula didapati terbahagi kepada tiga iaitu frasa kerja transitif, frasa kerja tak transitif dan frasa kerja dwitransitif. Kajian ini menemui satu bukti baru iaitu bahasa Jawa mempunyai kala. Penulisan ini menamakannya kala default. Bahasa Jawa mempunyai kala kini sebagai kala defaultnya. Keadaan ini dapat membukti dakwaan baru iaitu bahasa Jawa mempunyai kala.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 100 time(s))