View Article |
Teknik interaksi lisan dalam pengajaran kursus Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru (IPG)
Zarien Nur Lieyana Aminuddin1, Azhar Md. Sabil2, Abdul Rasid Jamian3.
Interaksi lisan merupakan medium penting dalam penyampaian ilmu pengajaran. Terdapat beberapa cara pengajar yang boleh membentuk interaksi yang efektif di dalam bilik kuliah. Tumpuan pengajaran bukan sekadar memberi maklumat pengajaran dan pembelajaran (PdP) malah perlu disertai dengan aktiviti yang menggalakkan interaksi dua hala di anatara pengajar dengan pelajar sewaktuberkomunikasi. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan teknik interaksi lisan dalam pengajaran kursus bahasa Melayu dalam kalangan pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG).Teknik interaksi lisan bukan sekadar penyampaian maklumat pengajaran namun ia turut mempengaruhi pelajar dalam pencapaian pelajar. Metodologi kajian ini pengkaji menggunakan kaedah kajian kualitatif secara temu bual tidak berstruktur terhadap informan kajian yang dipilih secara bertujuan. Pengkaji memilih kajian kes iaitu satu kes pelbagai tempat amat sesuai dijalankan terhadap empat orang pensyarah Kursus Bahasa Melayu IPG. Pengkaji memilih hanya dua buah IPG di Malaysia dan dua orang informan kajian yang terpilih bagi setiap IPG telah memadai bagi mendapatkan ketepuan data kajian. Informan kajian yang ditemu bual yang terdiri daripada pensyarah kursus bahasa Melayu di IPG dalam bidang Pengajian Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pensyarah lazimnya menggunakan kaedah peyampaian lisan sebagai medium menyampaikan ilmu pengetahuan dan isi kandungan topik pengajaran. Terdapat sembilan teknik penyampaian lisan yang sering kali dilaksanakan oleh pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kuliah. Oleh itu, interaksi lisan pensyarah dapat menggalakkan pelajar membina pengetahuan, kemahiran dan pembinaan maklumat yang berasaskan kepada pemikiran pelajar.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 98 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|