Seni penolakan Melayu antara pemimpin berdasarkan teks Sulalat Al-Salatin
Norshariza Mohamed Faizal1, Siti Saniah Abu Bakar2, Hasrina Baharum3.
Isu kesantunan berbahasa dalam melakukan penolakan amat penting sebagai cerminan budaya masyarakat Melayu. Berlandaskan aspek seni penolakan, kajian ini dilakukan untuk menganalisis strategi penolakan Melayu dalam melakukan penolakan antara golongan raja dengan raja. Berdasarkan Teks Sulalat Al-Salatin, kajian ini dianalisis secara deskriptif menggunakan Teori Kesantunan Brown dan Levinson (1987). Berdasarkan Strategi Kesantunan Positif dan Strategi Kesantunan Negatif ini, analisis kajian yang dikaji dilihat bahawa cara penolakan masyarakat Melayu ini telah lama dipraktikkan pada zaman Kesultanan Melayu dahulu cuma istilah yang digunakan berbeza dengan istilah barat dan Islam. Hal ini demikian kerana sifat budi dalam berbahasa sememangnya dititikberatkan dalam masyarakat Melayu. Kajian ini mendapati bahawa masyarakat Melayu pada zaman dahulu mempunyai strategi yang santun dalam melakukan penolakan. Kesantunan dalam kehidupan masyarakat Melayu tidak hanya terbatas dengan perlakuan bahasa sahaja, bahkan turut melibatkan perlakuan adat.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 75 time(s))