View Article |
Pola dan potensi penerbitan berbahasa Melayu dalam indeks Scopus
Zamimah Osman1, Nuraini Yusoff2.
Sistem penerbitan moden yang menyediakan perkhidmatan indeks makalah penyelidikan dalam pangkalan data Scopus pada dasarnya memberi cabaran besar kepada perkembangan bahasa Melayu. Dengan adanya sistem ini, penerbitan jurnal yang diindeks Scopus semakin didominasi oleh makalah berbahasa Inggeris. Kajian bibliometrik ini dijalankan untuk menganalisis pola penerbitan makalah berbahasa Melayu dalam Scopus bagi tempoh lima tahun, (2013-2018) dan mengenal pasti potensi penerbitan makalah berbahasa Melayu dalam Scopus melalui jumlah petikan sitasi dan H-Indeks. Data dimuat turun daripada pangkalan data indeks Scopus menggunakan carian bahasa (Malay Language). Kajian bibliometrik ini menggunakan keputusan analisis yang dipaparkan dalam laman sesawang Scopus. Dapatan memperlihatkan dalam tempoh lima tahun, penerbitan makalah berbahasa Melayu dalam jurnal yang diindeks Scopus menunjukkan peningkatan dari aspek bilangan penerbitan, iaitu 803 makalah berbanding jumlah keseluruhan makalah, iaitu 1063 makalah. Manakala analisis prestasi IPT di Malaysia memperlihatkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan antara IPT yang terlibat aktif dalam usaha menggalakkan penerbitan makalah berbahasa Melayu, iaitu sebanyak 503 makalah telah diterbitkan dan diindeks Scopus berbanding dengan IPT lain di negara ini. Selain itu, kajian ini juga membuktikan bahawa penerbitan makalah berbahasa Melayu dalam Scopus mencakupi semua disiplin ilmu dan tidak terhad kepada bidang sains sosial semata-mata tetapi merentasi juga bidang sains dan teknologi. Analisis prestasi penerbitan juga menunjukkan potensi penerbitan makalah berbahasa Melayu yang memberangsangkan melalui peningkatan jumlah petikan sitasi dan H-Indeks dalam tempoh lima tahun tersebut. Kajian ini diharap dapat memberikan gambaran sebenar tentang penerbitan makalah berbahasa Melayu dalam Scopus dan dapat membina kesedaran dari pihak penerbit dan penulis untuk meningkatkan penerbitan makalah berbahasa Melayu agar bahasa Melayu dapat berada di persada antarabangsa setanding dengan penerbitan dalam lain-lain bahasa terutamanya bahasa Inggeris.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 88 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|