View Article |
Sinkretisme budaya dalam kehidupan baru komuniti Mualaf
Azarudin Awang1, Azman Che Mat2.
Pertembungan norma-norma hidup dalam masyarakat melahirkan fenomena sinkretisme agama, pemikiran dan budaya. Sinkritisme budaya merupakan sesuatu yang lazim berlaku dalam kehidupan masyarakat di Alam Melayu. Dari perspektif hukum Islam, keharusan nilai-nilai sinkretisme boleh diaplikasi dalam kehidupan seseorang Muslim dengan syarat ia perlulah dibatasi dengan nilai-nilai syariat. Mualaf merupakan kelompok yang cuba menyesuaikan semula kehidupan baru berdasarkan norma-norma yang diketengahkan oleh Islam. Dalam masa yang sama komuniti ini perlu melestarikan budaya asal agar tidak dianggap ‘pengkhianat kepada bangsa’. Toleransi yang tinggi dan hubungan yang baik dengan komuniti Melayu menyebabkan berlakunya sinkretisme budaya dalam kehidupan baru komuniti Mualaf. Objektif kajian ini ialah melihat pola fenomena sinkrestisme budaya yang berlaku dalam kehidupan baharu komuniti Mualaf. Kaedah temubual dan pengalaman turut serta dilakukan kepada sekumpulan Mualaf Cina yang telah memeluk agama Islam di negeri Terengganu. Hasil kajian menunjukkan sinkretisme budaya berlaku dalam kehidupan komuniti ini khususnya dalam aspek-aspek yang berkait dengan adat budaya Melayu. Selain itu, pelaksanaan nilai-nilai budaya asal bercampur baur dengan unsur-unsur Islam. Kajian ini dilihat penting kerana tidak semua sinkretisme membawa kepada pembentukan budaya yang negatif. Dalam masa yang sama, proses penukaran agama tidakah menyebabkan segala bentuk budaya asal akan terhapus sepenuhnya.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 95 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|