Hak berpolitik orang asal di Malaysia: kajian perbandingan dengan undang-undang antarabangsa dan amalan terbaik
Rohaida Nordin1, Muhamad Sayuti Hassan @ Yahya2, Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini3, Nurul Elliyana Abdul Jamal4.
Hak berpolitik merupakan salah satu hak asasi manusia yang
diberikan kepada semua tanpa mengira kaum, umur, jantina,
warna kulit ataupun agama. Orang Asal juga tidak terkecuali
daripada menerima hak ini. Orang Asal di Malaysia terbahagi
kepada dua kategori iaitu orang asli di Semenanjung Malaysia dan
Natif di Sabah dan Sarawak. Persoalannya, sejauh manakah hak
berpolitik ini dinikmati oleh Orang Asal di Malaysia terutamanya
dari sudut representasi, mengundi dan pentadbiran? Adakah hak
yang diberikan kepada Orang Asal di Malaysia selari dengan
peruntukan undang-undang antarabangsa yang sedia ada? Dengan
menggunakan kaedah kajian doktrinal dan perbandingan di antara
Malaysia dengan Finland dan Norway, kajian ini mendapati bahawa
penyertaan politik orang asli adalah lebih rendah berbanding dengan
penyertaan politik dalam kalangan Natif di Sabah dan Sarawak.Secara keseluruhannya, hak berpolitik Orang Asal di Malaysia
adalah tidak selari dengan hak berpolitik seperti yang diiktiraf
oleh undang-undang antarabangsa, mahupun seperti di Finland
dan Norway. Dapatan kajian ini amat signifikan kerana memberi
panduan kepada pembuat dasar dan undang-undang Malaysia
dalam mengenal pasti sebarang perubahan yang perlu dilaksanakan
bagi menjamin hak berpolitik Orang Asal di Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 40 time(s))