View Article |
Proses dan kaedah pembelajaran tahfiz dalam kalangan murid di Sekolah Menengah Agama Kerajaan di Malaysia
Fathiyah Mohd Fakhruddin1, Sharini Che Ishak2, Asmawati Suhid3, Ahmad Fauzi Mohd Ayub4, Norlizah Che Hassan5, Lukman Abd Mutalib6, Wan Marzuki Wan Jaafar7.
Tujuan - Kajian ini dijalankan bagi menerokai proses dan kaedah
pembelajaran tahfiz dalam kalangan murid di sekolah menengah
agama kerajaan di Malaysia. Kajian lampau menunjukkan terdapat
masalah pencapaian hafazan dalam kalangan murid tahfiz berpunca
daripada kelemahan memilih kaedah pembelajaran yang sesuai.
Metodologi - Pendekatan kualitatif dengan kaedah kajian kes dipilih
kerana ia dapat meneroka secara terperinci kes atau fenomena yang khusus iaitu proses dan kaedah pembelajaran tahfiz yang digunakan
oleh murid. Teknik persampelan bertujuan digunakan bagi memilih
peserta kajian yang dapat menjawab persoalan kajian. Seramai 12
orang murid terlibat sebagai peserta kajian dan disokong dengan
data daripada enam orang guru. Temu bual mendalam secara
individu merupakan kaedah pengumpulan data bagi mendapatkan
pandangan dan pengalaman peserta kajian tentang proses dan kaedah
pembelajaran tahfiz.
Dapatan - Dapatan menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran
tahfiz yang digunakan oleh peserta kajian merangkumi enam
kaedah; kaedah membaca, pengulangan, penguasaan hukum tajwid,
penggunaan satu mushaf khas, kaedah kefahaman dan kaedah
penulisan. Manakala proses pembelajaran tahfiz berdasarkan dapatan
menunjukkan peserta kajian memberi tumpuan kepada empat aspek
iaitu disiplin daripada pengurusan masa, aspek pemilihan tempat,
pemilihan masa serta aspek kelas bimbingan.
Kepentingan - Kajian ini memberi implikasi penting kepada pihak
yang membangunkan sekolah aliran tahfiz, pihak sekolah dan guru
tahfiz. Hal ini penting bagi mereka untuk memberi fokus kepada proses
dan kaedah pembelajaran yang sesuai, berkesan dan menekankan
aspek kefahaman dan hafazan. Kedua-dua aspek tersebut penting
bagi membantu pencapaian hafazan khususnya murid yang berada
di sekolah menengah agama kerajaan di Malaysia
Affiliation:
- Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Malaysia, Malaysia
- Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Malaysia, Malaysia
- Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Malaysia, Malaysia
- Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Malaysia, Malaysia
- Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia, Malaysia
- Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 68 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (2) |
Rank |
Q1 (Cultural Studies) Q2 (Education) Q3¬¬¬ (Psychology (all)) |
Additional Information |
SJR (0.385) |
|
|
|