View Article |
Penerbitan jurnal bidang Pengajian Islam di Malaysia: suatu sorotan terhadap pangkalan data Myjurnal
Khairulnazrin Nasir1, Marina Muhammad Razaki2, Amrina Rasyada Kamaruzaman3.
Salah satu bentuk penulisan ilmiah ialah artikel yang diterbitkan oleh jurnal. Arena pendidikan di Malaysia turut giat menerbitkan jurnal-jurnal ilmiah yang berkualiti. Sehingga tahun 2020, terdapat lebih 500 jurnal diterbitkan di Malaysia dan disenaraikan dalam pangkalan data MyJurnal. Terdapat 107 buah jurnal bertemakan penulisan dalam bidang pengajian Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tema dan gaya penulisan rujukan yang ditetapkan oleh para penerbit jurnal bidang pengajian Islam. Kajian ini mengaplikasikan metodologi kajian secara kualitatif berdasarkan pendekatan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati terdapat lima tema utama bagi jurnal-jurnal berkenaan, iaitu bidang pengajian Islam secara umum, bidang syariah, bidang al-Quran dan hadis, bidang akidah dan pemikiran dan bidang sejarah Islam. Selain itu, 94 buah jurnal (87.85 %) menggunakan gaya rujukan American Psychological Association (APA), sementara selebihnya, iaitu 13 buah jurnal (12.14 %) mengaplikasikan gaya The Chicago Manual of Style (CMOS). Oleh itu, pendedahan ini mampu membantu para penulis dalam penyediaan dan penulisan manuskrip artikel. Pemilihan tema dan pematuhan format yang digariskan oleh pihak penerbit merupakan kriteria utama kepada penerimaan sesebuah artikel untuk diterbitkan dalam jurnal ilmiah.
Affiliation:
- Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), 15730, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, Malaysia
- Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), 15730, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, Malaysia
- Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), 15730, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 78 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|