Analisis tujuan amr berkaitan makanan halal dalam surah al-Baqarah
Syakirah Rifa’in@Mohd Rifain1, Mat Taib Pa2.
Adakah semua ayat amr mempunyai makna haqīqī dan majāzī dalam surah al-Baqarah? Kajian ini membincangkan mengenai tujuan lafaz amr dalam surah al-Baqarah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti bentuk dan tujuan amr (perintah) bagi konteks makanan halal dalam surah al-Baqarah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan teknik analisis teks Kuckartz (2014) berdasarkan konteks ayat dengan menggunakan tafsir-tafsir yang berkaitan dari ulama silam dan moden. Penulis menggunakan teori utama, iaitu Teori ‘Abbās (1997). Kajian mendapati bahawa secara keseluruhannya terdapat lima ayat berkaitan makanan halal dalam surah al-Baqarah yang menggunakan satu bentuk amr, iaitu fi‘l amr. Bagi tujuan amr pula terdapat tiga tujuan iaitu wajib, ibāḥat (harus) dan al-qudrat (kekuasaan). Tujuan amr yang paling banyak digunakan ialah ibāḥat, iaitu sebanyak lima (5) kali, diikuti wajib sebanyak empat (4) kali dan al-qudrat satu (1) kali. Kesimpulannya, jelas menunjukkan bahawa ayat-ayat amr bagi konteks makanan halal mempunyai makna haqīqī dan majāzī dalam surah al-Baqarah.
Affiliation:
- Universiti Malaya (UM) 50603 Lembah Pantai, Kuala Lumpur, Malaysia, Malaysia
- Universiti Malaya (UM) 50603 Lembah Pantai, Kuala Lumpur, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 81 time(s))