View Article |
Faktor luaran dan hubungannya terhadap pencapaian ujian pengesanan dan jantina pelajar dalam kemahiran menulis Bahasa Arab di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia
Mohamad Rofian Ismail1, Ahmad Redzaudin Ghazali2, Khairatul Akmar Abdul Latif3, Fahed Maromar4, Saupi Man5.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara faktor luaran terhadap pencapaian ujian pengesanan dan jantina pelajar dalam kemahiran menulis bahasa Arab di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Sebanyak 140 orang responden daripada empat buah institusi pengajian tinggi Malaysia (IPTM) dipilih iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin (90 orang), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (25 orang), Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (9 orang), dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (16 orang) sebagai sampel kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Product and Service Solutions (SPSS) versi 22.0. Kaedah analisis inferensi iaitu korelasi Pearson digunakan untuk mencari hubungan antara dua pemboleh ubah kajian yang berbeza iaitu pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor luaran terhadap kemahiran menulis bahasa Arab berdasarkan ujian pengesanan namun hubungan ini didapati signifikan berdasarkan jantina pelajar. Hal ini kerana didapati korelasi antara faktor luaran terhadap pencapaian ujian pengesanan pelajar ialah (r = - 0.062, n = 140, p= 0.463), manakala korelasi antara faktor luaran terhadap jantina pelajar ialah (r =0.181, n = 140, p = 0.032). Dapatan ini menunjukkan hubungan antara faktor luaran terhadap ujian pengesanan adalah tiada kaitan dalam mempengaruhi kemahiran menulis bahasa Arab dan tidak mempunyai signifikan. Namun begitu, pengkaji mendapati faktor luaran boleh mempengaruhi kemahiran menulis bahasa Arab dalam kalangan pelajar IPTM secara signifikan berdasarkan jantina berdasarkan analisis kajian yang diperoleh.
Affiliation:
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 43000 Kajang, Selangor, Malaysia., Malaysia
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 43000 Kajang, Selangor, Malaysia., Malaysia
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 43000 Kajang, Selangor, Malaysia., Malaysia
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 43000 Kajang, Selangor, Malaysia., Malaysia
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 88 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|