View Article |
Pembentukan makna tatabahasa dalam struktur ayat kata kerja Kāna (كان)
Muhammad Arsyad Abdul Majid1, Ibrahim Abdullah2, Abdul Azim Isa3, Muhammad Zaidi Zakaria4.
Tatabahasa berperanan untuk menentukan makna ayat. Malah, bentuk tatatabahasa memiliki kepelbagaian makna berdasarkan kepada konteks penggunaannya. Makna tatabahasa ialah makna fungsi yang digalas oleh sesuatu kata. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti makna tatabahasa yang wujud dalam penggunaan Predikat Frasa Kerja (PFK) bagi kata kerja kāna (KKK) dalam struktur ayat bahasa Arab (BA) dan menghuraikan padanan yang sesuai bagi makna tatabahasa yang wujud tersebut dalam struktur ayat bahasa Melayu (BM). Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif berbentuk kajian kepustakaan (Analisis teks) dalam menganalisis data. Melalui kaedah kepustakaan, pengkaji mendapatkan buku rujukan dan sumber berbentuk ilmiah serta meninjau kajian lepas yang berkaitan dengan topik kajian bagi mendapatkan sumber rujukan yang bersesuaian. Kerangka teori yang dimanfaatkan dalam kajian ini merangkumi makna tatabahasa yang wujud dalam penggunaan PFK bagi KKK dalam struktur ayat BA oleh al-Sāmirrā’ī (2003) dan model analisis komponen oleh Nida (1975) yang menganalisis makna rujukan tatabahasa KKK. Manakala analisis kontrastif yang dilaksanakan adalah melibatkan makna tatabahasa yang terkandung dalam penggunaan KKK dalam struktur ayat BA dan padanan makna tatabahasa yang sesuai dalam struktur ayat BM. Hasil kajian mendapati makna tatabahasa yang berbeza terbentuk berdasarkan aspek kala yang terdapat pada PFK bagi KKK dalam struktur ayat BA. Hasil kajian ini juga membuktikan padanan yang sesuai bagi makna tatabahasa yang wujud tersebut dalam struktur ayat BM ialah kata tugas yang terdiri daripada kata bantu aspek, kata bantu ragam dan kata adverba. Oleh hal yang demikian, para penterjemah perlu mempertimbang makna tatabahasa ini dalam proses penterjemahan agar padananan makna yang dihasilkan itu tepat dan betul.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 98 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|