View Article |
Pencegahan dadah golongan berisiko menurut pendekatan psikospiritual al-Ghazālī (W. 505 H.)
Rosni Wazir1, Abur Hamdi Usman2, Norsaleha Mohd Salleh3, Suriani Sudi4, Abdul Hadi Awang5, Syamim Zakwan Rosman6.
Permasalahan penagihan dadah dalam masyarakat pada hari ini amat meresahkan meskipun pelbagai pendekatan telah diambil untuk menyelesaikan isu ini. Statisitik pertambahan penagih dadah baru dan berulang pada saban tahun pula menunjukkan keperluan terhadap penambahbaikan terhadap usaha pencegahan sedia ada. Umum mengetahui langkah pencegahan merupakan langkah mengatasi dadah yang terbaik kerana keberkesanannya serta menjimatkan kos. Tambahan pula, golongan berisiko merupakan golongan yang wajar didekati supaya tidak terjebak dengan gejala yang lebih teruk iaitu penagihan. Terdapat keperluan kepada pembentukan model psikospiritual untuk memantapkan langkah pencegahan yang telah dijalankan. Terapi psikospiritual Islam merupakan satu kaedah rawatan kerohanian yang berteraskan amalan-amalan Islam dan bersumberkan rujukan ketuhanan. Rawatan ini menfokuskan kepada penyucian jiwa, pembentukan jati diri dan pemantapan rohani serta berobjektif mendapatkan keredaan Allah SWT. Terapi kerohanian yang diterapkan dalam pendekatan psikospiritual Islam dapat membentuk benteng yang kukuh untuk mencegah penggunaan dan penagihan dadah selain dilihat sesuai untuk mengembalikan mereka kepada fitrah kejadian manusia. Imam al-Ghazālī merupakan tokoh pemikir Islam yang terkemuka dan telah menghasilkan pelbagai karya yang menjadi rujukan dunia pengajian Islam seantero dunia. Justeru, berdasarkan metode kualitatif, artikel ini menghuraikan pendekatan psikospiritual Islam menurut Imam al-Ghazālī serta disesuaikan dalam membentuk model pencegahan dadah golongan berisiko. Pencegahan dadah golongan berisiko ialah mengatasi faktor risiko dengan melengkapkan seseorang dengan faktor pelindung yang bersesuaian. Dapatan artikel ini menunjukkan pendekatan al-Ghazālī mengandungi faktor pelindung pegangan agama, daya tahan, jati diri, penghargaan, pengharapan, bersyukur, berdikari, tujuan hidup dan kasih sayang. Oleh yang demikian, menangani isu penagihan dadah berdasarkan pendekatan psikospiritual Islam merupakan alternatif yang mesti diperkasakan.
Affiliation:
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 43000 Kajang, Selangor, Malaysia., Malaysia

Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 92 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|