View Article |
Analisis literatur sistematik: impak elemen spiritual terhadap kejayaan usahawan Muslim
Syarul Azman Shaharuddin1, Mariam Abd. Majid2, Muhammad Yusuf Marlon Abdullah3, Abur Hamdi Usman4, Siti Nor Atiqah Amran5.
Dunia keusahawanan di Malaysia telah dipelopori oleh usahawan Muslim. Hal ini menyumbang kepada perkembangan ekonomi ummah. Terdapat isu kegagalan menguruskan perniagaan yang berorientasikan nilai spiritual dalam Islam. Spiritual merupakan sebuah pembangunan rohani manusia yang bersifat roh atau jiwa. Menurut Islam, ia bertunjangkan tauhid dalam hidup insan, mempercayai dan mengakui bahawa Tuhan hanya satu iaitu Allah SWT serta mengaplikasikan paradigma tauhid dalam urusan dunia dan akhirat dengan seimbang. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji potensi elemen spiritual dalam kejayaan usahawan muslim. Pengkaji menggunakan metodologi Systematic Literature Review iaitu sebuah kaedah yang memfokuskan kepada kehendak kajian. Metodologi ini mempunyai tiga peringkat untuk memilih artikel yang bersesuaian dengan kajian iaitu, pengenalpastian (identification), saringan (screening) dan kelayakkan (eligibility). Dapatan kajian memperolehi lima (5) artikel yang membincangkan isu spiritual sebagai penyumbang besar terhadap kejayaan usahawan muslim. Berdasarkan lima artikel yang dikaji, keyakinan kepada Allah SWT dan pengamalan nilai-nilai agama membantu meningkatkan keyakinan serta membentuk ciri-ciri keperibadian usahawan berjaya. Hal ini berdasarkan elemen bersyukur dengan rezeki yang dianugerahi, tawakal dan reda dengan setiap ketentuan yang ditetapkan setelah berusaha sebaik-baiknya. Justeru itu, kajian ini diharapkan dapat menjadi sumber dalam kajian lain yang berkaitan bidang keusahawanan terutamanya masyarakat muslim.
Affiliation:
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 43000 Kajang, Selangor, Malaysia., Malaysia

Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 74 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|