View Article |
Sorotan literatur terhadap cabaran pendidikan Islam anak-anak mualaf di Malaysia
Asma’ Fakhruddin1, Azarudin Bin Awang2.
Pendidikan agama Islam merupakan perkara yang amat penting dalam membina masyarakat Islam yang mempunyai jati diri yang kuat dan utuh. Ilmu pengetahuan agama Islam meliputi akidah, ibadah, syariah dan akhlak merupakan antara komponen penting yang perlu dipelajari oleh setiap individu khususnya yang bergelar Muslim. Perkembangan dakwah Islam di Malaysia menyebabkan berlakunya pemelukan agama Islam dari pelbagai bangsa dan agama. Kelompok yang baru memeluk Islam dikenali sebagai mualaf ini amat memerlukan bantuan dari aspek pendidikan Islam bagi menjadikan diri mereka sebagai Muslim yang sejati. Kelemahan mualaf dalam memahami, mengamalkan dan menghayati agama memberi cabaran yang besar kepada pendidikan keagamaan anak-anak mualaf. Oleh itu, kajian ini akan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh anak-anak mualaf di Malaysia dalam memperkasakan pendidikan agama mereka. Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan melalui penelitian tulisan-tulisan dan dokumen yang berkaitan anak mualaf. Hasil sorotan kajian lepas menunjukkan cabaran yang dihadapi anak-anak mualaf dalam mendapatkan pendidikan Islam ialah seperti cabaran penghayatan agama, cabaran ibubapa yang kurang asas agama dan buta huruf, cabaran kewangan dan cabaran latar belakang keluarga. Kajian ini mencadangkan agar anak-anak mualaf diberikan penekanan yang khusus dalam aspek pendidikan agama Islam oleh agensi-agensi yang terlibat bagi mengukuhkan jati diri mereka sejak kecil bagi mengelakkan sebarang bentuk anasir yang mampu merencatkan nilai keagamaan mereka.
Affiliation:
- UiTM Selangor, Puncak Alam Campus, 42300 Puncak Alam, Selangor DE., Malaysia
- UiTM Terengganu, Dungun Campus, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 89 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|