View Article |
Pemakaian Sistem Torrens dalam perundangan tanah Malaysia dan kesannya terhadap Iḥyā’ al-Mawāt
Rabi’ah Muhammad Serji1, Mazliza Mohamad2, Safinaz Mohd Hussein3.
Iḥyā’ al-mawāt merupakan salah satu kaedah pemilikan tanah dalam Islam. Sesiapa yang meneroka seterusnya mengusahakan sesuatu tanah mawāt maka ia berhak mendapat hak milik terhadap tanah tersebut. Kaedah memperoleh tanah secara iḥyā’ al-mawāt ini sebenarnya telah diamalkan sejak sekian lama di Tanah Melayu sebelum penjajahan Inggeris. Namun semasa penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, mereka telah memperkenalkan satu sistem undang-undang tanah yang dikenali sebagai sistem Torrens. Sistem Torrens merupakan satu sistem pentadbiran tanah yang sangat mementingkan pendaftaran dalam mengiktiraf sesuatu hak milik tanah dan ianya bertentangan dengan prinsip iḥyā’ al-mawāt. Prinsip di bawah sistem Torrens ini telah diguna pakai dan dilaksanakan di Malaysia melalui penguatkuasaan Kanun Tanah Negara. Persoalan timbul sama ada kaedah pemilikan tanah secara iḥyā’ al-mawāt masih diterima pakai dan diiktiraf oleh undang-undang tanah di Malaysia. Oleh itu, objektif artikel ini ialah membincangkan prinsip iḥyā’ al-mawāt serta mengenal pasti kedudukannya dalam perundangan tanah berasaskan Torrens di Malaysia. Metodologi kajian yang menggunakan kaedah analisis kandungan kes mahkamah dan statut mendapati bahawa iḥyā’ al-mawāt tidak diiktiraf oleh undang-undang tanah di Malaysia malah merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 425 Kanun Tanah Negara.
Affiliation:
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 43000 Kajang, Selangor, Malaysia., Malaysia
- National University of Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia, Malaysia
- National University of Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 62 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|