Pengaplikasian teori pemerolehan bahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu
Noor Zila binti Md. Yusuf1, Amir bin Juhari2.
Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, guru harus mempunyai pengetahuan dalam membentuk satu gaya pembelajaran yang boleh diterima oleh pelajar berdasarkan teori pembelajaran yang relevan. Teori wujud akibat kepelbagaian pandangan dalam kalangan ahli bahasa tentang pemerolehan bahasa. Justeru, kertas kerja ini membincangkan pengaplikasian teori pemerolehan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Pengkaji memilih 4 teori pemerolehan bahasa yang releven dan boleh diaplikasikan oleh guru semasa proses pdp di bilik darjah. Keempat-empat teori tersebut ialah Teori Behaviourisme, Teori Kognitif, Teori Mentalis dan Teori Interaksionalisme. Subjek kajian terdiri daripada pelajar-pelajar PISMP Elektif bahasa Melayu yang mengambil kursus BMMB3063 Kaedah Pengajaran bahasa Melayu. Pengkaji menggunakan kaedah kajian lapangan dengan membuat sesi pemerhatian dan analisis dokumen sebagai kaedah pengumpulan data. Penghuraian data dibuat secara deskriptif semasa menjelaskan tentang teori dan aplikasi teori di bilik darjah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud keempat-empat teori dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang dilaksanakan oleh sebjek kajian. Pengkaji berharap dengan adanya kajian seperti ini, akan dapat membantu guru-guru merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan dalam membimbing pelajar mempelajari bahasa Melayu di bilik darjah.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Darul Aman, Malaysia
- Institut Pendidikan Darul Aman, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 630 time(s))