Kesejahteraan agama dalam kalangan bekas pengguna dadah (BPD) bagi mengurangkan risiko pengulangan dDadah
Mohd Ariffin, N1.
Agama memainkan peranan penting sebagai agen pelindung dan pencegah dalam menangani pelbagai permasalahan sosial, termasuklah isu pengulangan dadah. Agama merujuk kepada sebuah institusi sosial yang terdiri daripada penganut, kepercayaan, dan amalan-amalan berdasarkan sempadan agama masing-masing. Kepercayaan terhadap agama mampu untuk membentuk kesejahteraan individu dari aspek fizikal dan juga psikologi. Pegangan agama yang baik diukur melalui perhubungan secara vertikal merangkumi interaksi positif dengan Allah SWT dan praktis agama. Justeru, satu kajian lapangan berbentuk kuantitatif telah dijalankan ke atas 290 kes dadah iaitu bekas penagih dadah (BPD) di tujuh buah Pusat Khidmat Anti Dadah Kebangsaan (PKAADK) bagi mengkaji pengaruh kesejahteraan agama (RWB) terhadap kecenderungan atau risiko pengulangan dadah (KPD). Data kajian telah dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu melalui kaedah back-translation daripada Spiritual Wellbeing Scale dan Drug Taking Confidence Questionnaire. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud perhubungan signifikan di antara RWB dan KPD secara negatif, di mana semakin tinggi RWB, semakin rendah KPD. Oleh itu, satu pelan tindakan terbaik menggunakan pendekatan agama dicadangkan kepada bekas pengguna dadah untuk berhadapan dengan risiko pengulangan dengan lebih baik. Pendekatan ini memberi fokus kepada pembinaan intervensi kerja sosial yang komprehensif dari aspek kesejahteraan agama melalui pengisian dan penghayatan agama terbaik dalam rawatan dan pemulihan BPD ke arah pembentukan kesedaran kendiri, keupayaan diri, resiliensi, daya tindak, dan lokus kawalan diri bagi mengurangkan risiko pengulangan dadah pada masa akan datang
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 46 time(s))