Profil pengguna, amalan dan kesan menghisap vape di Malaysia
Mohamed, M.N1, Marican, S2, Abdul Rahman, A3, Md Rejab, Z4, Othman, M.H5, Ishak, N.A6, Kasa, M.D7, Mohd Razali, M.S8, Shahadan, A9, Megat Ahmad, P.H10, Hussain, H11, Aden, E12.
Rokok elektronik juga dikenali sebagai vape atau vapor merupakan antara aktiviti yang semakin popular dalam kalangan muda mudi. Sebab utama mereka vape ialah untuk berhenti merokok, mengurangkan kemudaratan dan risiko kesihatan akibat rokok. Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2015 telah mengharamkan pengguna rokok elektronik atau vape namun penggunaan masih berleluasa. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji profail pengguna, sebab memilih untuk vape, tabiat penggunaan serta kesan sampingan dari penggunaannya. Rekabentuk tinjauan keratan rentas dengan penggunaan soal selidik mendapatkan data dari 631 orang. Hasil kajian mendapati ramai perokok vape berbangsa Melayu dan masih bujang. Ramai mula menggunakan vape secara sendirian, mempunyai peralatannya dan mendakwa ia mudah diperoleh atau dibeli. Seramai 37.2% mendakwa bilangan rokok yang dihisap bersama vape adalah berkurangan. Hanya sejumlah kecil yang mengakui mereka mencampurkannya dengan dadah; 27% ingin berhenti dari vape manakala lebih separuh tak pasti untuk berhenti. Dari segi kesan vape, 3.96% melaporkan mengalami lebih dari lima daripada 12 kesan tarikan (withdrawal), seperti kesan tarikan fizikal (sakit kepala dan sendi); tarikan emosi (kebosanan, rasa kecewa dan rasa marah-marah); kesan kognitif (sukar untuk fikir, sukar membuat pilihan dan sukar membuat keputusan). Implikasi dibincangkan dari segi meningkatkan kesedaran terutama bagi golongan Islam dan pencegahan secara umumnya.
Affiliation:
- Asean Metropolitan University College, Malaysia
- Universiti Malaya, Malaysia
- Universiti Malaya, Malaysia
- Cyberjaya University College of Medical Sciences, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Perlis, Malaysia
- Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 51 time(s))