Kompetensi kaunseling melalui refleksi kendiri: satu kajian terhadap kaunselor pelatih
Alis, N1, Wan Jaafar, W.M2, Mohd Ayob, A.F3.
Kompetensi kaunseling seseorang kaunselor pelatih lebih meningkat apabila
mereka berkebolehan melakukan refleksi kendiri ke atas setiap perkara yang
telah dan sedang dilakukan terhadap proses kaunseling yang dikendalikan.
Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan untuk menentukan hubungan refleksi
kendiri dengan tiga dimensi kompetensi kaunseling; melaksanakan kemahiran
membantu, menguruskan proses kaunseling, dan mengendalikan situasi
kaunseling yang mencabar. Seramai 100 kaunselor pelatih daripada empat
buah Universiti Awam di Malaysia telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen
yang digunakan dalam kajian ini ialah Self-awareness and Management
Strategies (SAMS) Scale untuk mengukur refleksi kendiri, dan Counselor
Activity Self-Efficacy Scale (CASES) untuk mengukur kompetensi kaunseling.
Hasil pekali Moment Product Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara refleksi kendiri dengan kompetensi kaunseling; melaksanakan
kemahiran membantu, dan kompetensi kaunseling; mengendalikan kaunseling
yang mencabar. Perbincangan terhadap dapatan kajian dibincangkan berserta
beberapa implikasi dan cadangan bagi meningkatkan kompetensi kaunseling
kaunselor pelatih
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 54 time(s))