Menelusuri amalan keagamaan dalam kalangan gelandangan Muslim
Abu Bakar, M.Z1, Md Zain, R2, Zubir, A3.
Hidup bergelandangan merupakan salah satu isu sosial bagi sesebuah
negara termasuklah Malaysia. Kehidupan di jalanan mendedahkan golongan
ini kepada pelbagai masalah seperti kesihatan, keselamatan, kebajikan
dan sebagainya. Artikel ini cuba menjelaskan berhubung aspek amalan
religiositi dalam kalangan gelandangan. Aspek amalan keagamaan ini
menjadi persoalan kajian memandangkan kehidupan bergelandangan dilihat
sebagai suatu kesukaran untuk mempraktiskan ibadah. Justeru, kajian secara
kualitatif ini telah dijalankan di Pulau Pinang, Malaysia melibatkan 11 orang
responden dalam kalangan gelandangan yang beragama Islam. Kaedah
temubual secara bersemuka telah dilakukan oleh pengkaji sendiri dengan
menggunakan borang temu bual separa struktur yang berkaitan aspek amalan
dalam agama Islam. Selain itu, Perbincangan Kumpulan Fokus (Focus Group
Discussion - FGD) juga telah dilakukan bersama enam orang subjek yang
terlibat secara langsung dengan isu gelandangan. Data yang diperoleh telah
dianalisis secara manual iaitu menggunakan kaedah analisis kandungan
(content analysis) serta menghasilkan tema-tema tertentu bagi menjawab
persoalan kajian. Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa aspek
amalan religiositi dalam kalangan gelandangan adalah rendah. Kenyataan ini
hampir bertepatan dengan dapatan data FGD yang menyatakan aspek tempat
tinggal dan kebersihan antara punca gelandangan tidak mempraktiskan
amalan agama. Sehubungan itu, kajian mencadangkan dalam usaha menjaga
kebajikan gelandangan aspek agama juga perlu dititikberatkan selain daripada
bantuan berbentuk material termasuk kewangan dan makanan. Penambahan
bilangan one stop centre akan membantu golongan ini untuk melaksanakan
kewajipan beragama dan kebersihan diri. Selain itu, penglibatan agamawan
turut diharapkan dalam melaksanakan atau merencanakan intervensi untuk
golongan gelandangan.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 46 time(s))