Pembinaan, kesahan dan kebolehpercayaan modul bimbingan terapi realiti teori pilihan
Idris, A1, Shaari, A2.
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Bimbingan Teori Pilihan
Terapi Realiti. Selain itu, kajian ini juga bagi menentukan kesahan kandungan
modul dan kebolehpercayaan modul bagi mengurangkan perlakuan negatif
pelajar di dalam kelas. Proses pembinaan modul ini adalah berdasarkan
kepada Model Pembinaan Modul Sidek dan Teori Pilihan Terapi Realiti.
Reka bentuk kajian ini merupakan kajian jenis deskriptif. Tiga orang pakar
modul dan tiga orang pakar Teori Realiti telah dipilih yang kesemuanya
mempunyai Ijazah Kedoktoran dalam kaunseling dan psikologi. Alat kajian
yang digunakan untuk kesahan modul adalah soal selidik kesahan kandungan
modul ciptaan Jamaludin Ahmad (2002). Skor Alpha Cronbach kesahan modul
adalah .80. Manakala sekumpulan dua puluh pelajar yang telah mendapat skor
tertinggi bagi soal selidik Assessment of Behavioral Disaffection telah dipilih
bagi kebolehpercayaan modul ini. Skor Alpha Cronbach kebolehpercayaan
modul adalah .90. Oleh sebab tinjauan literatur mendapati keberkesanan
Terapi Realiti, maka dicadangkan kajian penggunaan Terapi Realiti secara
menyeluruh iaitu aplikasi Want, Doing, Evaluate, Planning sama ada
kaunseling individu, kelompok atau modul-modul bimbingan.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 45 time(s))