Kesahan dan kebolehpercayaan intervensi modul kaunseling rasional emosi tingkah laku
Alwi, N1, Shaari, A2.
Kajian ini dilaksanakan bagi memahami intervensi modul kaunseling
Teori Rasional Emosi Tingkah laku (REBTM) dan mengaplikasi proses
penilaian kesahan kandungan draf modul REBTM serta kebolehpercayaan
modul sebelum boleh digunakan dalam kajian sebenar. Dalam kajian ini
modul REBTM akan digunakan bagi merawat akhlak sosial negatif dalam
kalangan pelajar sekolah menengah. Modul kaunseling Teori Rasional Emosi
Tingkahlaku (REBTM) adalah berdasarkan pendekatan sistem ABCDEF yang
diasaskan oleh pelopor teori REBT, Albert Ellis. Seramai enam orang pakar
iaitu pensyarah dalam bidang kaunseling dan pengamal REBT dalam teori
REBT dan pembinaan modul dilantik sebagai pakar penilai untuk menentukan
kesahan kandungan. Manakala 30 orang pelajar menjalani ujian rintis Modul
REBTM dan menjawab soal selidik kebolehpercayaan modul. Modul REBTM
mempunyai sembilan sesi melibatkan tiga aktiviti latihan kognitif. Hasil
kesahan kandungan menunjukkan modul ini mendapat indeks pekali .81 iaitu
pada aras yang baik. Manakala keputusan pekali kebolehpercayaan Alpha
Cronbach menunjukkan pekali .92. Penggunaan modul ini diharap dapat
mengurangkan akhlak negatif dalam kalangan pelajar. Modul ini diharap
dapat menjadi panduan serta rujukan oleh semua pihak dalam membantu
menangani masalah akhlak negatif.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 44 time(s))