Penghayatan agama (Religiositi) dalam pembangunan keusahawanan
Abdul Hamid, S1, Ishak, M.S2, Hashim, H3.
Agama bukan lagi dilihat sebagai faktor penghalang, malahan ia telah
menjadi sebagai faktor pendorong kepada pembangunan keusahawan. Walau
bagaimanapun, penulisan dan kajian mengenai keusahawanan dan kaitannya
dengan nilai-nilai agama sama ada berbentuk terminologi, teoritikal, model,
konsep dan empirikal banyak dipelopori oleh sarjana bukan Islam sama ada
dari Barat atau Timur. Dalam hal ini, perbezaan yang terhasil dianggap
sebagai suatu hal yang munasabah berdasarkan perbezaan, pegangan agama,
budaya dan latarbelakang ilmu yang mereka miliki. Memandangkan elemen
spiritual ini merupakan suatu konsep yang sangat luas, maka kajian ini hanya
memfokuskan kepada penghayatan agama dalam dimensi akidah, syariah dan
akhlak yang berkaitan dengan personaliti dan tingkah laku responden dalam
bidang keusahawanan sahaja. Data diperolehi melalui instrumen soal selidik
yang diedarkan dalam kalangan usahawan kecil Majlis Amanah Rakyat
(MARA) negeri Kedah. Hasil kajian mendapati, tahap penghayatan agama
dalam kalangan usahawan adalah tinggi dan mempengaruhi dalam aktiviti
keusahawanan mereka selari dengan jati diri mereka sebagai orang Melayu.
Adalah diharapkan, hasil kajian ini dapat membantu MARA dan agensiagensi kerajaan lain untuk merangka pelan pembangunan keusahawanan
yang berkompetensi dan lebih bersifat holistik.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 33 time(s))