Hubungan antara sokongan sosial dengan kemurungan dalam kalangan penagih dadah
Md Nawi, N.H1, Ahmat, M.F2, Sied Esahak, S.M.F3, Hamat, Z.A4, Iesnordin, I5.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara sokongan sosial
dengan kemurungan dalam kalangan penagih dadah di Sabah. Dua set soal
selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik Inventory of Socially
Supportive Behaviors (ISSB) bagi mengukur sokongan sosial dan soal selidik
Reynolds Adolescence Depression Scale (RADS) bagi mengukur kemurungan.
Terdapat 100 subjek dalam kalangan penagih dadah yang digunakan dalam
kajian ini. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan negatif
yang signifikan antara sokongan sosial seperti dimensi emosi, dimensi
maklumat, dimensi pendampingan dan terakhir ialah dimensi alatan dengan
kemurungan. Kajian juga telah mempamerkan dengan meletakkan dimensi
emosi sebagai domain yang paling kuat berhubungan dengan kemurungan
berbanding dimensi yang lain. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa
terdapat keperluan bagi menghasilkan satu modul berorientasikan pendekatan
emosi dalam kalangan penagih dadah secara holistik dan bersepadu bagi
menyokong keperluan aspek emosi yang mempengaruhi kemurungan dalam
kalangan penagih dadah.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 45 time(s))