Eksplorasi penggunaan ketum dalam kalangan belia di Negeri Kedah
Norruzeyati, C.M.N1, Abdul Hamid, N2.
Ketum atau nama saintifiknya Mitragyna Speciosa telah lama digunakan
dalam amalan perubatan tradisional untuk merawat penyakit tertentu. Namun
sejak akhir-akhir ini, ketum telah digunakan secara berleluasa sebagai bahan
khayal bagi menggantikan dadah. Daun ketum direbus untuk menghasilkan air
ketum dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti paracetamol, serbuk
ubat nyamuk, dan air soda. Campuran air ketum bersama bahan tersebut
boleh memberi kesan yang hampir sama dengan dadah dan menyebabkan
pengamalnya ketagihan air ketum. Masalah ini berleluasa terutamanya
di negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia. Sehubungan dengan itu,
kajian ini bertujuan mengeksplorasi amalan penggunaan air ketum dalam
kalangan belia di negeri Kedah. Hasil temu bual dengan tujuh informan
kajian mendapati amalan penggunaan ketum adalah bagi tujuan kesihatan
tubuh badan, dan sebagai alternatif kepada dadah. Selain itu, informan kajian
sedar bahawa amalan pengambilan air ketum yang berlebihan dan air ketum
campuran boleh membawa kepada kemudaratan termasuk kematian. Dapatan
kajian ini adalah penting kepada profesion bantuan seperti pekerja sosial dan
kaunselor dalam memahami amalan penggunaan ketum, seterusnya memberi
input tentang intervensi dan program yang bersesuaian dalam menangani
masalah ketum khususnya dalam kalangan belia.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 49 time(s))