Pembelajaran mod teradun berasaskan modul Interactive Lecture dalam kalangan pelajar
Surendran,S1, Norazlinda,S2.
Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan yang signifikan antara Dimensi
Reka Bentuk, Dimensi Penilaian Terhadap Pengajar, Dimensi Kandungan dan
Dimensi Penilaian dengan Pembelajaran Mod Teradun Berasaskan Modul
Interactive Lecture dalam kalangan pelajar yang mengambil kursus Aplikasi
Komputer dalam Bahasa Melayu. Pendekatan kajian kuantitatif dalam kajian
ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan.
Populasi kajian ini adalah pelajar-pelajar yang mengambil kursus Aplikasi
Komputer dalam Bahasa Melayu. Persampelan bertujuan dalam kajian ini
digunakan untuk mendapatkan kumpulan responden yang mempunyai ciri-ciri
tertentu mengikut kehendak kajian. Seramai 243 orang pelajar dipilih sebagai
sampel kajian. Dalam kajian rintis, beberapa aspek penyesuaian item telah
dijalankan sehingga terhasil nilai Cronbach Alpha yang tinggi (0.89). Data
yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan korelasi
Pearson. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan
antara Dimensi Reka Bentuk, Dimensi Penilaian Terhadap Pengajar, Dimensi
Kandungan dan Dimensi Penilaian dengan Pembelajaran Mod Teradun
Berasaskan Modul Interactive Lecture. Dapatan ini menjelaskan bahawa
untuk meningkatkan tahap Pembelajaran Mod Teradun Berasaskan Modul
Interactive Lecture dalam kalangan pelajar, dimensi Reka Bentuk, dimensi
Penilaian Terhadap Pengajar, Dimensi Kandungan dan Dimensi Penilaian
perlu dipertingkatkan.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 31 time(s))