Kelestarian pembangunan profesionalisme guru dalam pembelajaran sepanjang hayat
Norazlinda,S1, Surendran,S2.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kesesuaian
dan kerelevanan modul dengan persepsi guru terhadap Modul T3P dalam
pembangunan profesionalisme guru. Kajian ini berbentuk deskriptif dengan
menggunakan kaedah tinjauan. Populasi kajian terdiri daripada guru-guru
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Negeri Perlis, Kedah dan Pulau
Pinang. Seramai 60 orang guru dipilih dengan menggunakan persampelan
bertujuan. Modul T3P dan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian
dan item-item untuk soal selidik diadaptasikan dari kajian-kajian lepas dan
tinjauan literatur. Dalam kajian rintis beberapa aspek penyesuaian item telah
dijalankan sehingga terhasil nilai Cronbach Alpha yang tinggi (0.90). Data
yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan korelasi
pearson. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa variabel kesesuaian dan
kerelevanan modul T3P mempunyai hubungan yang signifikan dan tinggi
dengan persepsi guru terhadap Modul T3P. Dapatan kajian memberi implikasi
bahawa pembangunan profesionalisme keguruan yang sesuai dan relevan
amat diperlukan untuk menambahbaik kemahiran PdPC bagi menjayakan
transformasi pendidikan.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 49 time(s))