Sifat spiritual Ibu bapa dan estim kendiri dalam kalangan pelajar universiti
Syaliza Adiha,T1.
Sifat spiritual ibu bapa dalam mendidik anak-anak memberi impak yang sangat
besar bukan sahaja kepada hubungan kekeluargaan malah kepada personaliti
anak itu sendiri apabila dewasa kelak. Kajian ini bertujuan mengenal pasti
hubungan antara sifat spiritual ibu bapa dengan estim kendiri pelajar Fakulti
Pengajian Pendidikan, UPM. Responden terdiri daripada 205 orang pelajar
dipilih mengikut kaedah persampelan kluster. Instrumen yang digunakan iaitu
soal selidik Parental Spiritual Characteristics Scales (PSCS) dan Rosenberg
Self-Esteem Scale (RSES). Ujian statistik yang digunakan ialah kaedah
analisis diskriptif dan analisis Pearson Correlation. Hasil kajian menunjukkan
terdapat hubungan sifat spiritual ibu bapa dengan estim kendiri pelajar Fakulti
Pengajian Pendidikan, UPM. Kajian ini turut memberikan manfaat kepada
pihak universiti, ibu bapa dan kaunselor dalam memahami aspek-aspek sifat
spiritual ibu bapa dan estim kendiri pelajar
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 23 time(s))