View Article |
Wacana Kemasyarakatan Dalam Karya-Karya Indie Di Malaysia
Asyraff Jamin1, Mary Fatimah Subet2.
Kajian ini menganalisis lima buah novel Indie di Malaysia, iaitu Aku Rindu 90’s (2012), Surat-Surat Untuk Kaherah (2013), Kunang Pesisir Morten (2015), Tuhan Jaga Dia Untukku (2017) dan Budak Kelas Belakang (2018) bagi melihat wacana kemasyarakatan yang dikemukakan dalam novel-novel tulisan penulis-penulis Indie di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kerangka teori realisme Georg Lukacs (1963). Analisis secara struktural digunakan untuk mengenal pasti pandangan, wawasan, harapan dan nilai-nilai yang signifikan terhadap usaha membangunkan dan menambah baik kualiti hidup masyarakat. Tiga objektif ditentukan, iaitu untuk mengenal pasti pemikiran penulis-penulis Indie terhadap pembangunan dan penambahbaikan kualiti hidup masyarakat, menganalisis novel-novel Indie yang setanding dengan karya serius arus perdana, serta untuk menentukan definisi baharu yang lebih adil dan tepat kepada karya-karya Indie yang sedang berkembang sebagai cabang sastera baharu di Malaysia. Kesemua novel yang dianalisis didapati sarat dengan wacana kemasyarakatan yang meliputi aspek seperti sosial, pendidikan, ekonomi, politik dan agama dalam kehidupan masyarakat. Dapatan kajian ini menunjukkan karya-karya Indie juga membawakan pemikiran serius yang memberi impak kepada masyarakat khususnya kepada pembangunan sosial, pendidikan, ekonomi, politik dan agama dalam sesebuah masyarakat. Karya Indie juga didapati setanding dengan karya-karya serius terbitan arus perdana. Dapatan kajian ini turut menunjukkan penilaian dan definisi yang lebih positif dan adil harus diberikan kepada karya-karya Indie. Kesemua dapatan kajian membuktikan karya Indie adalah setanding dengan karya-karya sastera pelbagai genre di Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia
- Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 92 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|