View Article |
Hubungan antara gaya kepimpinan transformasi dan transaksi dengan komitmen organisasi di sebuah syarikat elektronik
Masturah Azhar1, Fadilah Zaini2, Irmawati Norazman3.
Penyelidikan berbentuk kuantitatif bagi menyelidik hubungan dan tahap gaya kepimpinan transformasi dan transaksi dengan komitmen organisasi, serta mengenalpasti gaya kepimpinan yang dominan yang menyumbang kepada komitmen organisasi dalam kalangan pekerja operator pengeluaran di syarikat elektronik. Seramai 108 orang pekerja operator pengeluaran telah dipilih melalui kajian dan borang soal selidik telah diedarkan kepada mereka. Soalan ini mempunyai 57 soalan yang merangkumi maklumat demografi responden, gaya kepimpinan transformasi, transaksi dan komitmen organisasi. Secara keseluruhan, dapatan penyelidikan mendapati tahap gaya kepimpinan transformasi adalah lebih tinggi berbanding gaya kepimpinan transaksi, manakala tahap komitmen organisasi adalah sederhana. Seterusnya, hasil dapatan kajian bagi hubungan antara gaya kepimpinan transformasi dan transaksi dengan komitmen organisasi ialah sederhana,manakala, gaya kepimpinan transformasi merupakan elemen yang paling banyak menyumbang kepada komitmen organisasi (54.2%). Cadangan pada pengkaji masa hadapan ialah, dengan menggunakan cara yang serupa di syarikat yang berbeza untuk melihat korelasi dapatan yang diperolehi dan melaksanakan pengumpulan data dengan secara kualitatif agar jawapan daripada responden itu lebih terperinci dan mendalam.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia (Malaysia), Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia (Malaysia), Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia (Malaysia), Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 75 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|