View Article |
Gaya pembelajaran dan motivasi dalam kalangan calon spm di sebuah sekolah menengah Agama di negeri Johor
Mohd Nasir Masroom1, Nur Syazana Abd Shukor2.
Gaya pembelajaran adalah elemen penting kepada setiap pelajar. Walaupun setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang unik, secara umumnya mereka masih memerlukan sokongan, dorongan dan motivasi dalam pembelajaran mereka. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti hubungan di antara gaya pembelajaran dan motivasi dalam kalangan calon SPM di sebuah sekolah menengah agama di Negeri Johor. Kajian ini juga menjelaskan jenis gaya pembelajaran dan tahap motivasi mereka. Melalui kaedah tinjauan, borang soal selidik telah edarkan secara mudah dan mendapat maklumbalas daripada 120 responden. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar tersebut memiliki jenis gaya pembelajaran Konvergen dan turut memiliki tahap motivasi yang tinggi. Hasil dapatan juga menjelaskan terdapat hubungan yang begitu tinggi diantara gaya pembelajaran dan motivasi dalam kalangan responden. Kajian ini memberi implikasi terhadap guru sekolah dan juga para pelajar dalam memiliki strategi yang bersesuaian dalam aktiviti pembelajaran dan memupuk dorongan dalam usaha mencapai cita-cita mereka.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia (Malaysia), Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia (Malaysia), Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 84 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|