View Article |
Hubungan antara diskriminasi jantina dengan niat pekerja wanita untuk kekal bekerja
Rabeatul Husna Abdull Rahman1, Nurasmiza Md Isa2.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara diskriminasi jantina terhadap pekerja wanita dan niat untuk kekal bekerja dalam organisasi. Kajian ini melibatkan 83 orang responden wanita yang terdiri daripada operator pengeluaran kilang di daerah Johor Bahru. Data dikumpul menggunakan soal selidik dan dianalisa menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Hasil kajian menunjukkan tahap diskriminasi dan niat untuk kekal bekerja dalam organisasi berada pada tahap sederhana. Selain itu, hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan negatif dan signifikan antara diskriminasi jantina dan niat untuk kekal dalam organisasi. Ini bermaksud, semakin tinggi tahap persepsi diskriminasi, semakin rendah keinginan untuk kekal bekerja dalam organisasi. Antara dapatan kajian yang penting untuk dikemukakan ialah operator pengeluaran wanita didapati menerima gaji dan elaun yang lebih rendah berbanding operator pengeluaran lelaki. Ini merupakan salah satu aspek yang perlu diberi perhatian oleh pihak kilang bagi memastikan kesaksamaan layanan antara pekerja lelaki dan wanita, khususnya pada tahap prestasi yang setara. Layanan yang tidak adil antara jantina ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati seterusnya mempengaruhi keinginan pekerja meninggalkan organisasi.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia (Malaysia), Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia (Malaysia), Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 60 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|